
PKD itu menerusi kenyataan dikeluarkan Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) semalam menegaskan bahawa mesej itu adalah palsu dan tidak dikeluarkan oleh pihaknya mahu pun Pusat Pemberian Vaksin.
Sehubungan itu pihak PKD Hulu Langat meminta orang ramai agar tidak menyebarkan mesej yang dimaksudkan yang boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.
Terdahulu, tular satu mesej di aplikasi Whatsapp yang PKD terbabit kononnya meminta orang ramai mencari pesakit yang sukarela untuk bersedia sekiranya terdapat kekosongan slot vaksinasi berikutan ketidakhadiran penerima vaksin lain.