Pesta Kaamatan kunci perpaduan, asas ikatan silaturahim rakyat Sabah, kata Salleh

Pesta Kaamatan kunci perpaduan, asas ikatan silaturahim rakyat Sabah, kata Salleh

Pengerusi Kelab Penyokong GRS itu berkata, pesta menuai itu ialah simbolik kepada semua kaum untuk terus bersatu padu.

Salleh Said Keruak berkata, adat pesta menuai yang disambut setiap hujung Mei perlu dipertahankan untuk terus menyatukan semua kaum di Sabah.
PETALING JAYA:
Pengerusi Kelab Penyokong Gabungan Rakyat Sabah, Salleh Said Keruak berkata, Pesta Kaamatan ialah kunci perpaduan dan asas ikatan silaturahim rakyat di negeri itu.

Pengerusi Warisan Harta Sabah itu berkata, adat pesta menuai yang disambut setiap hujung Mei itu perlu dipertahankan kerana ia adalah simbolik untuk terus menyatukan semua kaum di Sabah.

Bercakap selepas sesi maya Kaamatan SSK menerusi aplikasi Zoom di Kota Kinabalu, Salleh berkata, sesi dialog maya itu merupakan inisiatif pihaknya untuk mendekati orang ramai dalam mengadaptasi teknologi digital, sekali gus meraikan simbolik Pesta Kaamatan.

“Bertepatan dengan tema Kaamatan 2021, iaitu ‘Kaamatan Tanpa Sempadan Demi Perdamaian dan Keamanan’, adaptasi digital ini amat berperanan dalam masyarakat kita untuk berhubung dan meraikan sambutan perayaan ini tanpa bersemuka.”

Beliau berkata, seiring norma baharu, penggunaan teknologi digital amat bermakna buat semua masyarakat Sabah, khasnya menjelang penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi atau “total lockdown” selama dua minggu mulai Selasa ini.

“Pendekatan seperti ini secara tidak langsung memberikan nafas baharu dalam setiap urusan kita dalam menghadapi cabaran berkenaan nanti.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.