Sabah laksana ‘total lockdown’ seperti Persekutuan, kata ketua menteri

Sabah laksana ‘total lockdown’ seperti Persekutuan, kata ketua menteri

Prosedur operasi standard (SOP) bagi langkah tersebut akan diumumkan kerajaan negeri dalam masa terdekat.

Kerajaan negeri Sabah menyambut baik pengumuman Pejabat Perdana Menteri berhubung pelaksanaan ‘total lockdown’ selama dua minggu bermula 1 hingga 14 Jun selari dengan keputusan Majlis Keselamatan Negara (MKN). (Gambar Bernama)
KOTA KINABALU:
Kerajaan negeri Sabah memutuskan untuk melaksanakan penutupan penuh atau ‘total lockdown’ seperti yang diputuskan kerajaan Persekutuan dalam usaha mengekang penularan jangkitan Covid-19 di negeri itu, kata Ketua Menteri Hajiji Noor.

Beliau berkata sehubungan itu kerajaan negeri akan mengumumkan prosedur operasi standard (SOP) bagi langkah tersebut dalam masa terdekat termasuk sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu yang dibenarkan beroperasi.

Katanya, kerajaan negeri menyambut baik pengumuman Pejabat Perdana Menteri berhubung pelaksanaan ‘total lockdown’ selama dua minggu bermula 1 hingga 14 Jun selari dengan keputusan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Oleh itu, kerajaan negeri juga memutuskan untuk melaksanakannya di negeri ini,” katanya dalam kenyataan.

Semalam, Sidang Khas MKN Mengenai Pengurusan Covid-19 memutuskan untuk melaksanakan penutupan penuh atau ‘total lockdown’ sektor sosial dan ekonomi fasa pertama di seluruh negara bagi tempoh 14 hari bermula 1 Jun ini.

Malaysia pada Jumaat mencatat 8,290 kes positif baharu Covid-19 yang mana daripada jumlah itu sebanyak 308 kes direkodkan di Sabah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.