Terserempak anggota PGA, 6 lelaki ‘cabut’ tinggal 1 tan ketum

Terserempak anggota PGA, 6 lelaki ‘cabut’ tinggal 1 tan ketum

Semua suspek melarikan diri dan meninggalkan 25 guni berisi daun ketum.

Pegawai Pemerintah Batalion 18 PGA Pengkalan Hulu, Ramli Wan Salin, berkata dalam kejadian kira-kira 5 pagi tadi, semua suspek melarikan diri dan meninggalkan 25 guni berisi daun ketum dianggarkan seberat satu tan. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Enam lelaki dipercayai terlibat kegiatan menyeludup daun ketum melarikan diri selepas terserempak dengan lapan anggota PGA yang sedang membuat rondaan berhampiran Pos Kawalan PGA Simpang Lima, Padang Besar, Perlis.

Pegawai Pemerintah Batalion 18 PGA Pengkalan Hulu, Ramli Wan Salin, berkata dalam kejadian kira-kira 5 pagi tadi, semua suspek melarikan diri dan meninggalkan 25 guni berisi daun ketum dianggarkan seberat satu tan.

“Selain daun ketum, kita juga merampas dua kenderaan pacuan empat roda dan dua motosikal yang digunakan oleh suspek,” katanya menurut laporan Bernama.

Beliau berkata, rampasan keseluruhan termasuk daun ketum dianggarkan bernilai RM118,100 dan kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

Katanya, modus operandi yang sering digunakan oleh penyeludup sejak kebelakangan ini ialah membuat tinjauan menggunakan motosikal terlebih dahulu sebelum melakukan penyeludupan menggunakan kenderaan lain di belakang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.