
Media sosial dibanjiri desakan untuk pemecatan Ahli Parlimen Pasir Salak itu sejak dua hari lalu, selepas ramai berang dengan caranya mengendalikan sidang media pagi semalam, sehari selepas nahas melibatkan dua kereta api LRT di laluan Kelana Jaya pada lewat Isnin.
Petisyen dalam talian di Change.com mendesak beliau meletak jawatan mendapat hampir 140,000 tandatangan ketika pemecatannya disahkan.
Tanda pagar #Letak JawatanTajuddin turut trending di Twitter hari ini, sebelum beliau dipecat.
Mengulas laporan itu, Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh melalui hantaran di Twitternya berkata, ini perlu menjadi permulaan dalam menyingkirkan ahli politik “tidak kompeten” daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
“Ramai menteri yang tidak kompeten juga berada dalam Jemaah Menteri. Ujian ini bukan hanya untuk bertindak balas terhadap mereka yang terdedah ketika sidang media.”
Artis dan kartunis satira, yang sebelum ini turut bertelagah dengan pihak berkuasa, segera bertindak balas dengan menyiarkan gambar bersama kapsyen “Hei @tajuddinrahman, reti cakap omputeh? You’re fired!”.
Fahmi Reza menyiarkan gambar berkenaan beberapa minit selepas berita pemecatan Tajuddin Abdul Rahman. (Gambar Twitter Fahmi Reza).
Pengguna Twitter @jalalmisai68 merujuk kepada kemarahan orang ramai terhadap Tajuddin di media sosial dengan ringkas mengulas “Netizen 1-0 Tajuddin”.
Lee Michelle ketika merujuk sidang media penuh cercaan pagi semalam berkata, dia gembira melihat Tajuddin diberhentikan.
“Eloklah membersihkan tandas! Tetapi perkara pertama yang mereka patut lakukan pada waktu pagi adalah memecat beliau,” katanya melalui Twitter mengulang semula kata-kata Tajuddin ketika ditanya wartawan mengapa beliau tidak ada di lokasi pada malam kejadian.
Faisal Said, berkata berita itu seperti “aising pada kek,” selepas “semalam, semua warganet secara tidak rasmi memecatnya.”
Pagi tadi, Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago berkata “satu-satunya perkara yang dapat dilakukan Tajuddin adalah menjadi orang jahat,” dan meminta pemecatan segera Tajuddin daripada jawatannya di Prasarana.
“”Lelaki ini mesti dipecat segera kerana bukan hanya tidak memiliki rasa empati tetapi kerana gagal melakukan pekerjaannya,” katanya dalam catatan Facebook.
Persatuan Pengguna Pengangkutan Awam (4PAM) turut senada dalam mendesak Tajuddin meletak jawatan semalam.
Presiden 4PAM, Ajit Johl berkata kurangnya kenyataan segera daripada Tajuddin mengenai kejadian itu dilihat sebagai tidak menghormati penumpang, sambil menambah bahawa dia mahu Prasarana memberi jaminan bahawa semua penumpang yang terjejas akan diberi ganti rugi yang secukupnya.
Gabungan untuk Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) berkata, tindakan Tajuddin yang tidak profesional dan tidak kompeten semasa sidang media untuk menangani kemalangan kereta api LRT menunjukkan kesan buruk akibat pelantikan politik yang tidak memenuhi syarat di GLC.
Awal hari ini, polis berkata Tajuddin disiasat sama ada beliau melanggar melanggar SOP Covid-19 ketika sidang media semalam dengan tidak memakai pelitup muka.