Pengarah Eksekutif Dewan Perniagaan dan Industri Antarabangsa, Shaun Cheah berkata, perubahan yang berlaku tidak memberi manfaat bagi perniagaan dan menambah perubahan yang tidak terlalu banyak adalah lebih baik.
Beliau berkata, kurangnya komunikasi dapat dilihat ketika kerajaan mengumumkan PKP dengan SOP yang diumumkan kemudian pada hari berikutnya, memberikan gambaran kerajaan tergesa-gesa mengumumkannya sebelum kementerian mengenalpasti beberapa garis panduan.
“Sekiranya ada keperluan untuk “dinamik”, maka berundinglah dengan industri sebelum anda umumkan (peraturan tambahan) sehingga jelas dan tepat selain tidak akan menimbulkan kebingungan.
“Cuba bayangkan perniagaan terpaksa menunggu hari berikutnya untuk mengetahui SOP baharu yang akan dikeluarkan, perniagaan perlu dirancang dan tiada butang ‘buka-tutup’,” kata beliau kepada FMT
Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang berkata garis panduan PKP tidak statik tetapi dinamik kerana ia dirangka berdasar keadaan dan situasi pandemik Covid-19 ketika ini.
Cheah berkata, kerajaan tidak sepatutnya mengendahkan mereka yang menjalankan perniagaan.
Pihaknya juga lebih bersetuju jika SOP dikeluarkan adalah mudah dengan panduan kebersihan, pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal dan pergerakan yang terhad.
“Ia sudah cukup kerana semua SOP yang diperincikan akan mengikut garis panduan asas dan semua perniagaan akan menyesuaikan garis panduan dengan proses perniagaan mereka tanpa memerlukan kerajaan memberitahu apa yang perlu atau tidak perlu dilakukan.
“Dari segi kegiatan sosial, maka ya kerajaan boleh memperincikannya dalam mengurus populasi umum,” kata beliau.
Muhyiddin juga berkata, pelaksanaan PKP sepenuhnya akan menelan belanja sehingga RM500 bilion sebagai langkah sokongan untuk menjana ekonomi.
Namun, bagi pakar ekonomi Geoffrey Williams tidak bersetuju dengan angka berkenaan dan berkata PKP memberi kesan kira-kira RM2.4 bilion sehari.
“Berdasarkan penilaian ini, ia bermaksud beliau (Muhyiddin) menjangkakan PKP ini akan berlangsung selama 208 hari, dengan kata lain kita akan dikurung hingga hujung tahun.
“Walaupun PKP 3.0 mengakibatkan kehilangan RM300 juta sehari, ini akan membabitkan KDNK negara sebanyak RM64.5 bilion atau hampir 4.5% jika ia berlangsung hingga Disember. ‘SOP dinamik’ tidak akan membantu,” kata Williams dari Universiti Sains dan Teknologi Malaysia kepada FMT.
Beliau berkata masalah komunikasi yang sebenarnya dari kerajaan adalah bagaimana menerapkan polisi yang seiring dan produktif terhadap matlamat.
Dengan menggunakan bazar Ramadan sebagai contoh, beliau berkata dengan membiarkannya beroperasi adalah tidak masuk akal jika tujuan Putrajaya adalah untuk mengurangkan kes Covid-19 kerana sekumpulan besar orang akan berkumpul di kawasan berkepadatan tinggi.
“Sekarang garis panduan dan polisi memendekkan waktu operasi, mengurangkan perkhidmatan pengangkutan awam yang akan menyebabkan kesesakan ramai orang di kedai, tren dan bas.
“Had dua jam hampir mustahil untuk dipantau dan sistem HIDE akan menutup premis dan menyebabkan lebih ramai orang yang terbuka. Dasar ini bertentangan dengan sasaran.
“Ini memberikan kesan perselisihan dalam kerajaan dan kementerian kesihatan yang menginginkan PKP penuh dan pihak lain yang ingin memastikan ekonomi berjalan. Oleh itu, ia membawa kepada kekeliruan dan perancangan dasar yang buruk,” tambah beliau.