
PETALING JAYA: Ibu Pejabat Suruhanjaya Koperasi dan Cawangan Kuala Lumpur di Bukit Damansara, akan ditutup selama dua hari bermula 27 Mei bagi melaksanakan kerja sanitasi dan langkah pencegahan Covid-19 di premis berkenaan.
Dalam satu kenyataan, agensi itu berkata sepanjang tempoh penutupan itu, pelanggan masih boleh berurusan dengan SKM menerusi perkhidmatan dalam talian.
Antaranya, https://apponline.skm.gov.my; https://infokop.skm.gov.my; https://ekerjaya.skm.gov.my; https://webmail.skm.gov.my/owa.
Sebarang pertanyaan, hubungi pusat panggilan SKM di talian 019-2445339 atau emel [email protected].