Lim Kok Wing dalam keadaan stabil selepas jatuh di rumah

Lim Kok Wing dalam keadaan stabil selepas jatuh di rumah

Pihak Limkokwing University of Creative Technology memaklumkan tentang keadaan beliau susulan khabar angin yang mengatakan beliau meninggal dunia.

Lim Kok Wing memulakan kerjayanya sebagai kartunis, dan kemudian beralih ke bidang periklanan sebelum menubuhkan Limkokwing Institute of Creative Technology yang pertama. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Tokoh pendidikan Lim Kok Wing, pengasas universiti yang membawa namanya, berada dalam keadaan stabil selepas jatuh di rumahnya.

Limkokwing University of Creative Technology memaklumkan hal ini dalam kenyataan yang dikeluarkan susulan khabar angin yang mengatakan beliau meninggal dunia, malah ada yang berkata, akibat Covid-19.

“(Lim) dimasukkan ke hospital selepas terjatuh di rumahnya. Kami dengan senang hati memaklumkan bahawa keadaannya stabil dan memohon agar beliau diberi privasi sepenuhnya agar dapat fokus kepada pemulihannya.

“Kami menghargai sepenuhnya keprihatinan setiap orang atas kesejahteraannya,” menurut kenyataan berkenaan.

Lim memulakan kerjayanya sebagai kartunis, dan kemudian beralih ke bidang periklanan, di mana beliau menubuhkan agensinya sendiri, Wings Creative Consultants.

Pada 1991, beliau menubuhkan Limkokwing Institute of Creative Technology yang pertama, dan sehingga kini, telah membuka cawangan di benua Asia, Eropah dan Afrika.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.