Sindiket sorok 5.2kg syabu dalam beg sekolah ‘Ultraman’

Sindiket sorok 5.2kg syabu dalam beg sekolah ‘Ultraman’

Polis tahan empat suspek masing-masing lelaki berusia 46 dan 51 tahun serta wanita berusia 42 dan 59 tahun yang disyaki ahli sindiket.

Dadah jenis syabu disorokkan sindiket pengedaran dadah dalam beg sekolah kanak-kanak bagi mengaburi mata pihak berkuasa. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Helah satu sindiket pengedaran dadah yang menyorokkan syabu dalam beg sekolah kanak-kanak tidak menjadi selepas empat individu termasuk dua wanita ditahan di sebuah rumah di Kepala Batas, Pulau Pinang, kelmarin.

Dalam serbuan 5.30 petang itu, sejumlah 5.2kg syabu yang disorok dalam satu beg sekolah “Ultraman” turut dirampas.

“Empat suspek yang ditahan itu masing-masing lelaki berusia 46 dan 51 tahun serta wanita berusia 42 dan 59 tahun yang disyaki ahli sindiket tersebut,” kata Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Noorzainy Mohd Noor.

Noorzainy berkata, selain syabu bernilai RM204,400, polis turut menyita dua kereta jenis Perodua Myvi dan Kenari serta wang tunai RM1,050.

“Siasatan lanjut mendapati hanya seorang daripada suspek memiliki rekod jenayah lampau manakala ujian saringan air kencing mendapati semua negatif dadah.

“Sindiket didalangi warga tempatan itu disyaki mengedar dadah bagi pasaran sekitar Kepala Batas dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.