
Beliau berkata, lelaki berusia 47 tahun itu dikompaun hasil pemeriksaan pasukan pemantau di rumahnya.
“Hasil pemeriksaan mendapati lelaki itu cuai kerana tidak memakai gelang merah jambu malah tidak berada di rumah tetapi pergi ke tempat lain termasuk ke kebun dan surau,” katanya menurut laporan Harian Metro.
Azli berkata, kompaun dikenakan mengikut Seksyen 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.
Beliau berkata, lelaki itu sepatutnya berada di rumah dan sentiasa memakai gelang merah jambu seperti diarahkan Kementerian Kesihatan sepanjang tempoh kuarantin.
Dalam pada itu, seorang lelaki berusia 21 tahun yang bekerja sebagai tukang gunting dan penganggur berusia 24 tahun turut dikenakan kompaun di tempat sama.
“Dua lelaki ini dikenakan kompaun masing-masing berjumlah RM1,500 seorang kerana tidak memakai pelitup muka semasa berada di dalam premis,” katanya.