
Adun Tanjung Sepat itu memohon maaf dan memaklumkan telah memberi kerjasama penuh kepada pihak polis semalam.
“Saya dengan ini menyatakan kekesalan mendalam atas perkara ini. Saya berjanji bahawa perkara seumpama ini tidak berulang.
“Saya ingin memohon ampun dan maaf kepada semua pihak atas kesalahan ini. Saya mengakui kesilapan dan akan mengambil tanggungjawab penuh berhubung perkara ini,” katanya dalam kenyataan.
Terdahulu pihak polis memaklumkan mereka sedang menyiasat dakwaan seorang Exco Selangor melanggar SOP ziarah Aidilfitri dengan menganjurkan majlis sambutan Hari Raya baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Ahmad Ridhwan Mohd Nor dalam kenyataan berkata gambar berhubung perkara itu tular di media sosial memaparkan majlis sambutan di rumah wakil rakyat berkenaan di Kuala Langat.