Pengurus syarikat ditahan serah dokumen palsu tuntut RM170,000

Pengurus syarikat ditahan serah dokumen palsu tuntut RM170,000

Lelaki itu dipercayai mengemukakan surat akuan dan pengesahan palsu dalam tuntutan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Lelaki berusia 30-an itu ditahan ketika hadir di pejabat SPRM di Kota Kinabalu kira-kira 11 pagi tadi. 
KOTA KINABALU:
Seorang pengurus syarikat ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas disyaki mengemukakan dokumen palsu untuk tuntutan kira-kira RM170,000 daripada sebuah agensi kerajaan pada 2018.

Sumber berkata, lelaki dalam lingkungan 30-an itu ditahan ketika hadir di pejabat SPRM Sabah, kira-kira 11 pagi tadi.

“Lelaki terbabit dipercayai mengemukakan surat akuan dan pengesahan palsu dalam tuntutan yang berjumlah kira-kira RM170,000 pada 2018.

“Tuntutan itu dibuat kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) cawangan Kudat untuk Projek ‘Community Drumming’ bawah Majlis Harga Barang Negara bagi kawasan Matunggong dan Sikuati di Kudat.”

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, S Karunanithy, ketika dihubungi mengesahkan penahanan lelaki terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan.

“Lelaki itu telah dibebaskan dengan jaminan SPRM dan dijangka dituduh di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Kota Kinabalu pada 25 Mei ini.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.