Selangor tawar program vaksinasi untuk majikan

Selangor tawar program vaksinasi untuk majikan

Majikan yang ingin mendapatkan vaksinasi bagi pekerja boleh mendaftar melalui aplikasi Selangkah atau laman web.

Inisiatif kerajaan Selangor akan membolehkan pekerja diberi vaksin di lokasi atau di klinik panel bergantung kepada jumlah kakitangan.
PETALING JAYA:
Kerajaan Selangor mengambil inisiatif melancarkan program vaksinasinya sendiri sebagai pelengkap kepada Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

Inisiatif ini diambil setelah mengambil kira aduan segelintir majikan yang tidak puas hati dengan kadar pengagihan vaksin yang perlahan ketika kes sedang melonjak, selain faktor kira-kira 65% perusahaan kecil dan sederhana dalam negara terletak di Selangor.

Majikan yang ingin mendapatkan vaksinasi bagi pekerja mereka boleh mendaftar melalui aplikasi Selangkah atau laman web.

Sebaik pendaftaran dibuat, mereka akan serta-merta diberikan ID tempahan dan makluman bahawa jangkaan kos akan diemel dalam tempoh tiga hari bekerja.

Sementara itu, ujian menggunakan sampel air liur, yang lebih mudah dan pantas berbanding ujian calitan, juga tersedia di peringkat kebangsaan.

Kos ujian ini lebih rendah berbanding ujian calitan, iaitu serendah RM20 untuk satu ujian.

Ujian ini akan mula dijalankan bagi pekerja pembuatan di sebuah kilang pemprosesan makanan di Klang pada Isnin.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.