Rekod sebelum ini ialah 5,728 kes yang dicatatkan 30 Jan lalu.
Sebanyak 3,516 kes pulih dilaporkan, menjadikan 436,116 daripada keseluruhan 485,496 pesakit Covid-19 sembuh setakat ini, manakala angka korban kini melepasi 2,000 orang, dengan 2,040 kematian.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 47,340 kes aktif, dengan 303 daripada 559 pesakit di unit rawatan rapi memerlukan bantuan pernafasan.
Daripada jumlah kes baharu itu, tiga ialah kes import dan baki 6,072 kes penularan tempatan membabitkan 5,452 warganegara dan 620 warga asing.
Katanya, Selangor terus mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi, dengan 2,251 kes.
“Daripada jumlah ini, sebanyak 1,481 kes (65.8%) daripada saringan kontak rapat, 467 kes daripada lain-lain saringan, 302 kes daripada kluster dan satu kes import,” katanya dalam kenyataan.
Ia disusuli Johor dengan 699 kes, Kuala Lumpur (660), Kedah (445), Kelantan (441), Sarawak (323), Perak (220), Terengganu (203), Negeri Sembilan (189), Pulau Pinang (183), Sabah (160), Pahang (150), Melaka (122), Labuan (14), Putrajaya (9) dan Perlis (6).
Daripada 46 kematian itu, 19 kematian dilaporkan di Selangor, disusuli Sarawak (7), Johor (6), Kelantan (4), Sabah (2), Kuala Lumpur (2), Pulau Pinang (2), Kedah (2), Negeri Sembilan (1) dan Melaka (1).
Noor Hisham berkata, 45 kematian itu membabitkan warganegara dan seorang lagi warga asing berusia 17 hingga 91 tahun, dengan 39 orang mempunyai latar belakang penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik, gout dan jantung.
Lima daripada hanya dikesan positif Covid-19 selepas mayat mereka dibawa ke hospital.