OKT dirawat sawan cuba lari dari hospital

OKT dirawat sawan cuba lari dari hospital

Ketua Polis Daerah Gombak Arifai Tarawe berkata, ketika proses tangkapan, berlaku sedikit pergelutan dan seorang anggota polis mengalami cedera ringan.

Menurut polis, ketika proses tangkapan, berlaku sedikit pergelutan dan seorang anggota polis mengalami cedera ringan.
PETALING JAYA:
Seorang tahanan lelaki yang sedang dirawat penyakit sawan di Hospital Selayang bertindak melarikan diri dengan keadaan tangan kirinya masih bergari, kata Ketua Polis Daerah Gombak Arifai Tarawe.

Beliau berkata, dalam kejadian 1 petang semalam, lelaki berusia 39 tahun itu pada mulanya baring di katil hospital berkenaan dengan tangan kirinya digari pada besi kepala katil.

Kata beliau, lelaki berkenaan kemudian mengalih kedudukan duduk di katil berkenaan sebelum tiba-tiba melompat dan berlari ke arah luar hospital dalam keadaan tangan masih bergari.

“Dua anggota polis yang ditugaskan untuk menjaga lelaki itu di wad pemerhatian terus mengejar lelaki itu kira-kira sejauh 120 meter sehingga ke hadapan kawasan sebuah pusat membeli-belah,” kata beliau menurut laporan Sinar Harian.

Arifai berkata, ketika proses tangkapan, berlaku sedikit pergelutan dan seorang anggota polis mengalami cedera ringan.

Menurut beliau, lelaki yang ditangkap bersabit satu kes rogol oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh dan sedang ditahan reman selama tujuh hari itu dimasukkan ke hospital berkenaan pada Ahad untuk rawatan disebabkan mengalami penyakit sawan.

Katanya, kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 223/224 Kanun Keseksaan dan pihaknya menjalankan siasatan menyeluruh daripada pelbagai sudut bagi mengenal pasti punca kejadian tersebut berlaku.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.