Covid-19: Timbalan Pengerusi Tetap Umno kritikal

Covid-19: Timbalan Pengerusi Tetap Umno kritikal

Rizuan Abd Hamid disahkan positif selepas menjalani saringan awal bulan ini.

Timbalan Pengerusi Tetap Umno, Rizuan Abd Hamid, kini dirawat di ICU Pusat Perubatan Universiti Malaya. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Timbalan Pengerusi Tetap Umno, Rizuan Abd Hamid, kritikal selepas disahkan positif Covid-19, dan kini menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Perkara itu disahkan Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan.

“Maklumat tentang Datuk Seri Rizuan Abd Hamid kena Covid-19 itu benar. Statusnya di ICU juga benar,” katanya menurut laporan Sinar Harian.

Rizuan, yang juga Ketua Umno Bahagian Kepong, disahkah dijangkiti Covid-19 selepas menjalani saringan pada 1 Mei.

Beliau kemudian dikuarantin di PPUM pada 3 Mei, dan dipindahkan ke ICU pada hari sama.

Sementara itu, Ahmad berkata, beliau tiada maklumat yang pasti mengenai keadaan isteri Rizuan, Madinah Mohamad yang juga positif Covid-19 dan turut dirawat di ICU PPUM.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.