
Ketua Polis Daerah, A Asmadi Abdul Aziz berkata, pihaknya menerima panggilan pada kira-kira 11 pagi daripada seorang lelaki yang mengadu terhidu bau busuk datang dari rumah jiran yang sudah tiga hari tidak dilihat kelibatnya.
Menurut Asmadi, pemeriksaan polis mendapati mayat seorang lelaki di dalam rumah itu, namun kerana pintu rumah berkunci, pihak bomba terpaksa dihubungi bagi membantu memotong mangga di pintu pagar dan jeriji besi belakang rumah supaya polis dapat masuk.
“Berdasarkan keadaan mayat, mangsa dianggarkan mati sejak lima hari lalu,” kata beliau, menurut laporan Harian Metro.
Usaha sedang dilakukan bagi mengesan butiran diri mangsa dan waris, selain sejarah perubatan mangsa di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), katanya.
Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik HRPB untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.