
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Ashari Abu Samah berkata, mayat yang dipercayai ditinggalkan di lokasi kejadian dalam tempoh kurang 12 jam itu ditemui seorang lelaki warga Pakistan yang bekerja sebagai tukang sapu pada kira-kira 8 pagi.
“Tiada sebarang kecederaan dan dokumen pengenalan ditemukan pada bayi itu dan dia disahkan meninggal dunia oleh penolong pegawai perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang dipanggil membantu siasatan di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, mayat bayi itu kemudiannya dihantar ke Unit Forensik HKL untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan membuang mayat secara sulit.