Ajal dihempap batang paip seberat hampir 1 tan

Ajal dihempap batang paip seberat hampir 1 tan

Juruteknik maut akibat kecederaan parah di kepala selepas dihempap paip saluran gas.

Anggota bomba membawa jenazah mangsa dari tempat kejadian. (Gambar Facebook)
CHUKAI:
Seorang juruteknik maut dihempap sebatang paip saluran gas seberat hampir satu tan di Kawasan Perindustrian Teluk Kalong di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kemaman Hanyan Ramlan berkata dalam kejadian jam 9.40 pagi itu, mangsa Ahmad Shahir Hasauddin, 29, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

“Ketika kejadian mangsa dikatakan sedang mengecat paip saluran gas sepanjang kira-kira 10 meter dalam bengkel fabrikasi sebelum salah satu paip besi berhampiran tiba-tiba menggelungsur dan menimpa mangsa.

“Pihak bomba terpaksa mengambil masa hampir sejam untuk mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit dengan menggunakan jentera forklif,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Hanyan berkata mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.