
“Labuan diisytiharkan sebagai zon merah, selepas mencatatkan lebih 40 kes dalam tempoh 14 hari lalu,” kata beliau.
“Kami telah melakukan yang terbaik untuk mengekang penularannya, malangnya ada segelintir individu tidak mempedulikan SOP Covid-19 dan mengadakan perjumpaan keluarga di pantai dan sambutan hari jadi di medan selera.”
Menurut beliau, kluster Covid-19 ini, yang muncul pada 5 Mei, berpunca daripada tujuh warga India dan lima rakyat Malaysia yang tiba di pulau ini dari Semenanjung menerusi Lapangan Terbang Labuan awal bulan ini.
Setakat hari ini, sebanyak 45 kes dicatatkan berkait kluster ini, termasuk dua kes dikesan di Kuala Lumpur, dua di Selangor dan satu di Kedah.
Ismuni berkata, kluster itu telah menjangkiti sebilangan penduduk tempatan, termasuk murid sekolah rendah dan individu lain di sebuah kuil Hindu.
Tindakan beberapa pesakit positif dan kontak rapat menyembunyikan maklumat mengakibatkan peningkatan kes, tambah beliau.
“Kami perlu melipatgandakan usaha menjejak kontak rapat atau pesakit positif sehingga generasi kelima, memerlukan kami bekerjasama dengan klinik swasta untuk mengekang penularannya,” kata Ismuni.
Secara kumulatif, terdapat 2,517 jangkitan, satu kluster aktif, (Layang-Layangan) dan 14 kematian dicatatkan setakat hari ini di Labuan.