3 anggota bomba direnjat elektrik dalam kebakaran di kampung Sabah

3 anggota bomba direnjat elektrik dalam kebakaran di kampung Sabah

Anggota dari Balai Bomba Kota Kinabalu berada bawah pemerhatian, tetapi dalam keadaan stabil di hospital.

Pemandangan udara kebakaran di Kampung Meruntum, Putatan, hari ini.
KOTA KINABALU:
Tiga anggota bomba direnjat elektrik ketika menyertai operasi memadam kebakaran membabitkan kira-kira 30 rumah di Kampung Meruntun, Lok Kawi, Putatan, dekat sini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Md Ali Ismail berkata, tiga anggota dari Balai Bomba Kota Kinabalu itu berada bawah pemerhatian, tetapi dalam keadaan stabil di hospital.

Beliau berkata, panggilan kecemasan diterima pada 5.40 petang hari ini, dengan beberapa jentera dari Balai Bomba Kota Kinabalu, Penampang dan Lintas dikerahkan ke tempat kejadian.

Kepulan asap tebal boleh dilihat dari pusat bandar Kota Kinabalu, kira-kira 15km dari Putatan.

Sebahagian daripada rumah yang dijilat api.

“Ketika ini, usaha mengawal kebakaran masih dijalankan,” katanya, sambil menambah, tiada kematian dilaporkan setakat ini.

Ali berkata, unit kebakaran dari kem tentera Lok Kawi berdekatan turut membantu usaha memadam kebakaran itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.