
Nur Hidayah, 53, bergelut mencari pekerjaan untuk menghantar wang kepada tiga anaknya di Kuching, Sarawak, serta untuk membayar pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).
Pada waktu siang, beliau keluar mencari rezeki sebanyak yang boleh – walaupun hanya beberapa ringgit ialah “bonus” ketika tempoh perintah kawalan pergerakan – dan selepas bekerja keras sepanjang hari, beliau kembali ke “rumahnya” dengan tilam nipis menjadi satu-satunya barang harga “berharga” yang dimilikinya.
Rayuannya mendapat perhatian pembaca FMT, yang segera menghulurkan bantuan kepadanya.
Antaranya ialah pesara berusia 60 tahun, Teoh Yen See, yang “sangat sedih” dengan nasib Nur Hidayah.

“Selepas membaca mengenainya, saya rasa raya boleh memberi beliau peluang kedua,” Teoh beritahu FMT.
“Beliau terpaksa menghantar tong gas kepada penduduk di tingkat empat. Saya tahu masalahnya, ia menyedihkan.”
Sepanjang 16 tahun hidup bersama “orang Semenanjung”, mualaf itu sering ditipu dan majikan tidak membayar gajinya.
Beliau juga gagal ketika berniaga di Chow Kit beberapa tahun lalu kerana pelanggan tidak membayar selepas mengambil barang.
Teoh berkata, kontrak pembantu rumah warga Indonesianya tamat 20 Mei ini dan beliau sedang mencari pembantu rumah ketika membaca artikel FMT yang disiarkan pagi tadi.
Katanya, ia akan menjadi situasi menang-menang untuk beliau dan Hidayah tidak perlu bimbang mengenai tempat tinggal, makanan, bil utiliti dan gaji bulanan, manakala beliau pula mempunyai pembantu yang boleh menjaga anak kelainan upayanya.
“Jika Nur Hidayah terima tawaran saya, kami akan bantu satu sama lain.”
Teoh sedia mengambilnya bekerja serta-merta.
Nur Hidayah ketika dihubungi mengucapkan terima kasih atas tawaran itu.
“Insya Allah saya akan hubungi mereka nanti, sekali lagi terima kasih.”
Individu lain yang bermurah hati turut menghubungi FMT untuk menawarkan bantuan kewangan kepada Nur Hidayah.