PKP 3.0 tak dapat dielak kerana Covid-19 di tahap krisis, kata menteri

PKP 3.0 tak dapat dielak kerana Covid-19 di tahap krisis, kata menteri

Redzuan Md Yusof berkata, PKP 3.0 dilaksanakan mengikut data saintifik dan rakyat perlu memahami kerajaan tidak boleh mengambil remeh krisis pandemik ini.

Redzuan Md Yusof berkata, kerajaan memutuskan pelaksanaan PKP 3.0 berdasarkan data saintifik.
PETALING JAYA:
Perintah kawalan pergerakan (PKP) ketiga yang disifatkan zalim kerana menghalang rakyat pulang beraya di kampung adalah langkah terbaik untuk membendung pandemik Covid-19 yang kini di tahap krisis, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), c

“Walaupun kononnya nampak zalim, ini adalah persepsi kalau kita tidak lakukan apa yang sedang kita laksanakan, kita lagi menekan kehidupan rakyat, kita tidak mahu sampai satu tahap kesihatan awam ada tekanan.

“PKP ini memang tidak dapat dielakkan, walaupun kita dah usaha untuk menjaga penjarakan, tetapi kita seboleh-bolehnya menjauhkan diri daripada pembawa virus. Dengan PKP ini, setidak-tidaknya ia dapat mengelakkan diri kita berdepan risiko jangkitan,” kata kepada FMT.

PKP 3.0 di seluruh negara bermula semalam hingga 7 Jun, dengan sekolah ditutup dan aktiviti sosial, termasuk ziarah Hari Raya tidak dibenarkan, susulan peningkatan jangkitan Covid-19 yang kini melebihi 4,000 kes harian. Semua sektor ekonomi bagaimanapun dibenarkan beroperasi dengan arahan bekerja dari rumah dilaksanakan.

Redzuan, ahli Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang memutuskan pelaksanaan sekatan pergerakan itu, berkata PKP 3.0 dilaksanakan mengikut data saintifik dan rakyat perlu memahami kerajaan tidak boleh mengambil remeh krisis pandemik ini.

“Bukan kita nak buat percubaan, tapi kita menggunakan data saintifik, keadaan terkini, bagaimana untuk melekukkan penularan Covid-19.

“Orang perlu faham perhimpunan awam akan menyemarakan lagi penularan wabak Covid-19, kita dah sampai tahap satu krisis yang tidak boleh diambil remeh, rakyat perlu sedar, kita kena jarakan fizikal kita dan elakkan perhimpunan awam.”

Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan pelaksanaan PKP 3.0 pada Isnin lalu berkata, data dan sains menunjukkan aktiviti perhimpunan yang menyukarkan penjarakan fizikal menjadi punca utama penularan Covid-19 ketika ini, selain varian baharu dengan kadar jangkitan lebih tinggi, beban ke atas kapasiti sistem kesihatan awam dan kelemahan pematuhan SOP oleh orang ramai.

Mengenai hubung kait perintah darurat dengan situasi pandemik ketika ini, Redzuan berkata, darurat memudahkan kerajaan menggubal beberapa undang-undang untuk diusulkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah bagi pelaksanaan segera dalam usaha mengawal penularan Covid-19.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.