Kundasang dilanda gempa lemah

Kundasang dilanda gempa lemah

Gempa berukuran 2.7 pada skala Richter itu berlaku pada 8.42 malam tadi.

Gempa yang berlaku pada kedalaman 10km itu mungkin menyebabkan gegaran dirasai di sekitar Kundasang dan kawasan lain di Ranau.
KOTA KINABALU:
Gempa bumi lemah bermagnitud 2.7 pada skala Richter dilaporkan berlaku di Kundasang, Ranau, pada 8.42 malam tadi.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menerusi kenyataan malam ini memaklumkan gempa itu berlaku 13km di barat pekan Ranau.

Katanya, gempa yang berlaku pada kedalaman 10km itu mungkin menyebabkan gegaran dirasai di sekitar Kundasang dan kawasan lain di Ranau.

Bulan lalu, Ranau dilanda tiga gempa bumi lemah bermagnitud 2.8 pada 18 April, diikuti 2.7 pada skala Richter keesokannya dan bermagnitud 2.5 pada 23 April lalu.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah ketika dihubungi berkata, pihaknya tidak menerima sebarang laporan kecemasan berkaitan kejadian itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.