440 ditahan ingkar SOP, gagal rekod butiran diri kesalahan tertinggi

440 ditahan ingkar SOP, gagal rekod butiran diri kesalahan tertinggi

Seramai 435 orang dikompaun dan lima lagi direman.

Pihak berkuasa menahan 185 orang yang gagal merekodkan butiran diri ketika memasuki premis semalam. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Polis menahan 440 individu menjelang Hari Raya semalam kerana mengingkari SOP perintah kawalan pergerakan (PKP), dengan 185 daripadanya gagal merekodkan butiran diri ketika memasuki premis.

Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob berkata, kesalahan kedua tertinggi ialah tidak memakai pelitup muka (138), lain-lain kesalahan sebanyak 102 kes dan tiada penjarakan fizikal (15).

“Seramai 435 individu dikompaun, manakala lima lagi direman,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, pihak berkuasa merampas dua kenderaan darat menerusi Operasi Benteng semalam.

Katanya, 514 individu tiba di semua pintu masuk antarabangsa semalam, menjadikan keseluruhan 202,446 orang pulang ke tanah air sejak 24 Julai hingga semalam dan ditempatkan di 75 hotel serta sembilan institut latihan awam serta institut pengajian tinggi swasta di seluruh negara.

“Daripada jumlah itu, seramai 7,454 individu dikuarantin dan 193,028 orang dibenarkan pulang, manakala 1,964 lagi
dibawa ke hospital.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.