
Menurut KPT, semua aktiviti PdP secara bersemuka tidak dibenarkan, kecuali bagi enam kategori pelajar yang berkeperluan.
“Peperiksaan antarabangsa, badan profesional dan aktiviti penyelidikan yang memerlukan kemudahan makmal di IPT juga dibenarkan mengikut prosedur operasi standard (SOP) IPT berkenaan,” katanya dalam kenyataan.
Selain itu, pelajar berkeperluan yang pulang sempena perayaan Aidilfitri dibenarkan kembali ke kampus berdasarkan tarikh dan SOP yang telah diumumkan dengan menggunakan surat kebenaran pergerakan merentas negeri atau daerah yang dikeluarkan IPT masing-masing, katanya.
Tambahan, pergerakan pensyarah atau tenaga pengajar bagi tujuan PdP juga dibenarkan dengan pengesahan daripada KPT atau IPT berkaitan.
KPT menasihatkan pelajar agar sentiasa mematuhi SOP atau arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa dari semasa ke semasa.
Jika ada pertanyaan lanjut berhubung perkara ini, para pelajar boleh menghubungi Bilik Gerakan KPT di talian 03-8870777/6949/6623/6628.