Gara-gara ‘takut’ bini kerana gadaikan gelang, suami dicekup buat laporan palsu disamun

Gara-gara ‘takut’ bini kerana gadaikan gelang, suami dicekup buat laporan palsu disamun

Rahsia lelaki itu terbongkar selepas disiasat polis kerana keterangan diberikan tidak konsisten.

Ketua Polis Daerah Padawan Lim Jaw Shyong berkata suspek membuat laporan palsu bahawa dia diragut dua lelaki yang menunggang motosikal.
PETALING JAYA:
Bimbang dimarahi isteri kerana menggadaikan gelang emas bagi melangsaikan hutang, seorang lelaki nekad membuat laporan palsu kononnya disamun di sebuah tempat letak kereta di Jalan Matang, Padawan, Sarawak, awal bulan ini.

Ketua Polis Daerah Padawan Lim Jaw Shyong, berkata perbuatan itu terbongkar selepas suspek berusia 31 tahun disoal siasat dengan memberikan keterangan tidak konsisten.

Lim berkata, suspek membuat laporan palsu di Balai Polis Batu Kawa pada 3 Mei lalu, memaklumkan dia diragut dua lelaki yang menunggang motosikal jenis Honda EX5.

“Hasil siasatan, suspek akhirnya mengaku menipu kerana mempunyai masalah hutang dan takut dimarahi oleh isterinya sebab emas yang dikatakan disamun itu sebenarnya sudah digadai.

“Suspek yang bekerja sebagai jurulektrik dibebaskan bersyarat dan dengan jaminan mahkamah,” katanya dalam kenyataan seperti laporan Berita Harian.

Lim berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.