
PETALING JAYA: Kerajaan Sarawak memutuskan untuk mengekalkan negeri tersebut bawah perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB), walaupun kerajaan persekutuan menguatkuasakan PKP di seluruh negara.
“PKPB akan berterusan di seluruh Sarawak hingga 17 Mei,” kata Jabatan Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam kenyataan.
Menurut JPBN, pelanggan tidak dibenarkan makan dalam premis restoran dalam tempoh ini, dan hanya perkhidmatan penghantaran, pandu lalu, dan bawa pulang dibenarkan.
Sebanyak 512 kes baharu Covid-19 dilaporkan di negeri itu hari ini.
Semalam, hanya beberapa hari selepas enam daerah di Selangor, Kuala Lumpur, dan beberapa kawasan di Johor diletakkan bawah PKP, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan perintah sama bagi seluruh negara.