
Beliau juga mahu The Malaysian Insight (TMI) menurunkan artikel berkenaan dan menaikkan hantaran yang menjelaskan bahawa artikel itu palsu.
Sekiranya gagal, beliau akan mengheret portal tersebut ke mahkamah dan menuntut pampasan RM10 juta.
Peguam Khalid, Ashraf Appoo dari firma Gunaseharan & Linda, memberitahu FMT anak guamnya tekad ingin membersihkan nama beliau.
Surat tuntutan telah dikemukakan kepada TMI pada 6 Mei, dengan tempoh seminggu diberikan bagi permohonan maaf dan penarikan balik artikel berkenaan.
“Saya bukan berkhidmat dengan individu, hanya dengan negara,” kata Khalid, dalam pesanan menerusi peguam beliau.
Khalid sebelum ini menghantar surat tuntutan seumpamanya kepada bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad.
Ia susulan dakwaan Mahathir bahawa terdapat “kebocoran”, dikaitkan dengan Khalid, yang menyumbang kepada kelewatan tindakan diambil terhadap seorang lagi bekas Perdana Menteri, Najib Razak, berhubung 1MDB.
Beliau juga menuntut Mahathir menarik balik kenyataannya dan menerbitkan permohonan maaf terbuka.
Jawab Mahathir: “Saya akan jumpa beliau di mahkamah.”