
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata semua pengembara dari Singapura yang menggunakan Peraturan Ulang Alik Berkala (PCA) pula wajib dikuarantin 14 hari di stesen kuarantin ditetapkan mulai Khamis ini.
Katanya, pengembara dari Singapura yang mahu memasuki Malaysia bagi tujuan perniagaan pula perlu menggunakan saluran pusat sehenti yang disediakan Lembaga Pembangunan Malaysia.
Beliau berkata, keputusan itu menyusul tindakan Malaysia menyenaraikan Singapura antara negara dengan penularan VOC dalam komuniti.
“Ia berdasarkan laporan dikeluarkan Kementerian Kesihatan Singapura, yang mana laporan kes membabitkan varian Afrika Selatan B.1.351, varian United Kingdom B.1.1.7, varian Brazil B.1.1.28 (P1), termasuk Variant of Interest (VOI) dari India, iaitu B.1.617.1.
“Kementerian Kesihatan akan sentiasa mengemas kini senarai negara dengan penularan VOC dalam komuniti dan memaklumkan kepada umum dari semasa ke semasa,” katanya dalam kenyataan.