Pemantauan SOP Covid-19 akan diperketat, kata KDN

Pemantauan SOP Covid-19 akan diperketat, kata KDN

Ia dibuat bagi menghalang individu yang mengambil kesempatan untuk merentas negeri atau daerah menggunakan pengangkutan awam.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) berkata pihaknya menerima banyak laporan berhubung masalah kekurangan pematuhan terhadap SOP perintah kawalan pergerakan (PKP). (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengarahkan semua agensi penguatkuasaan untuk meningkatkan bilangan operasi pemantauan dan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) Covid-19.

Kementerian itu dalam kenyataan berkata pihaknya menerima banyak laporan berhubung masalah kekurangan pematuhan terhadap SOP perintah kawalan pergerakan (PKP).

Katanya, selain menambah, pemantauan ketat turut dibuat bagi menghalang individu yang mengambil kesempatan untuk merentas negeri dan daerah menggunakan pengangkutan awam atau melalui perkhidmatan e-hailing.

“Arahan ini juga dikeluarkan bagi memastikan penularan pandemik Covid-19 dapat dibendung dengan lebih berkesan dan menyeluruh, terutamanya menjelang sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri pada minggu hadapan,” katanya, dengan bilangan kekuatan anggota serta operasi sekatan jalan raya (SJR) di lapangan akan ditambah.

Sejak PKP fasa pertama dilaksanakan sehingga kini, sebanyak 100,980 anggota dari pelbagai jabatan dan agensi kementerian itu terlibat dalam pemantauan SOP Covid-19, katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.