Konstabel percubaan maut dengan kesan tembakan di kepala

Konstabel percubaan maut dengan kesan tembakan di kepala

Anggota polis itu baru sebulan bertugas di Sibu selepas tamat latihan asas.

Difahamkan, dua anggota polis lain turut berada dalam rumah sewa ketika kejadian berlaku kira-kira 7 malam Khamis.
PETALING JAYA:
Seorang konstabel percubaan hari ini ditemui mati dengan kesan tembakan di bahagian kanan kepalanya di sebuah rumah di Lorong Permai Timur 9, Sibu, Sarawak.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Aidi Ismail berkata, pihaknya belum dapat memastikan punca kejadian itu.

Beliau juga tidak memberikan butiran mengenai kejadian yang menimpa mangsa dikatakan berasal dari Pahang itu.

“Kejadian melibatkan anggota yang baru sebulan bertugas di Sibu selepas tamat latihan asas. Siasatan sedang dijalankan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu,” katanya dipetik Bernama.

Difahamkan, ketika kejadian kira-kira 7 malam itu, dua anggota polis lain turut berada dalam rumah sewa itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.