PKPD di SSTMI Bandar Penawar

PKPD di SSTMI Bandar Penawar

Menteri Kanan Keselamatan Ismail Sabri Yaakob berkata tempoh PKPD dilaksanakan di situ dari 8 hingga 21 Mei.

Kakitangan kesihatan menjalankan ujian saringan terhadap pelajar Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI).
PETALING JAYA:
Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) di Bandar Penawar, Johor, akan diletakkan bawah perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) mulai Sabtu, susulan lonjakan kes jangkitan.

PKPD di sekolah itu, iaitu antara dua sekolah sukan di negara ini, akan berkuatkuasa sehingga 21 Mei selepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan 96 kes positif daripada 212 ujian saringan dilakukan.

Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata, KKM mengesahkan peningkatan kes secara mendadak dalam tempoh satu minggu dengan kadar kebolehjangkitan tinggi di sekolah itu.

“Pelaksanaan PKPD ini untuk memudahkan KKM membuat pengesanan awal terhadap kontak rapat dan penduduk yang terlibat untuk mengelakkan penularan Covid-19 ke komuniti luar,” kata beliau dalam kenyataan hari ini.

Dalam perkembangan lain, polis semalam menahan 411 individu atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP).

Ismail memaklumkan, daripada jumlah itu, seramai 408 dikompaun manakala tiga lagi direman.

“Antara kesalahan direkodkan adalah gagal merekod butiran diri/daftar masuk premis, tidak memakai pelitup muka, tiada penjarakan fizikal dan aktiviti pusat hiburan,” kata beliau.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.