Covid-19: Hanya tinggal 5 zon hijau di semenanjung

Covid-19: Hanya tinggal 5 zon hijau di semenanjung

Menurut KKM, hanya terdapat enam daerah di Sabah yang kekal sebagai zon hijau, manakala tiada daerah zon hijau direkodkan di Sarawak.

PETALING JAYA:
Kenaikan mendadak kes Covid-19 sejak kebelakangan ini turut menyumbang kepada peningkatan daerah menjadi zon merah Covid-19, dengan hanya lima daerah di semenanjung kekal sebagai zon hijau.

Menurut infografik Kementerian Kesihatan (KKM) di Twitter, hanya terdapat enam daerah di Sabah yang kekal sebagai zon hijau, manakala tiada daerah zon hijau direkodkan di Sarawak.

Lima daerah di semenanjung yang kekal sebagai zon hijau ialah Sik dan Yan di Kedah, Jelebu di Negeri Sembilan, dan dua lagi daerah di Terengganu iaitu Kemaman serta Hulu Terengganu, masing-masing mencatatkan sifar jangkitan.

Di Sabah, enam daerah yang tidak mencatatkan jangkitan Covid-19 ialah Sipitang, Tambunan, Pitas, Kota Marudu, Tenom dan Tongod.

Sebanyak 24 daerah di Sarawak berada dalam zon merah, manakala empat daerah mencatatkan lebih 20 kes aktif kini berada dalam zon jingga iaitu Betong, Belaga, Matu dan Tanjung Manis.

Secara keseluruhan, terdapat 60 daerah mencatatkan lebih 41 kes aktif dan dikategorikan sebagai zon merah di semenanjung.

Daerah paling teruk terjejas ialah Petaling di Selangor dengan 4,471 kes aktif, diikuti Kota Bharu (2,544), Hulu Langat (2,540), Klang (1,530), Kepong (1,349) dan Johor Bahru (1,206).

Semalam, KKM melaporkan 2,500 kes baharu Covid-19 dengan 18 jumlah kematian direkodkan, manakala 2,068 pesakit sembuh.

Ini menyaksikan 385,208 daripada 417,512 pesakit Covid-19 sudah pulih, manakala 1,551 kematian dicatatkan setakat ini.

“Patuhi SOP. Jaga diri dan keluarga anda,” menurut infografik KKM di Twitter.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.