
Kata Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, pemantauan dilakukan setiap hari menerusi sistem ini bagi mengenal pasti lokasi tumpuan awam yang berisiko tinggi.
“Premis-premis akan diarah tutup jika dikesan telah dilawati sejumlah besar mereka yang positif Covid-19.
“Pendekatan ini selari dengan keputusan kerajaan mengawal dan membendung penularan jangkitan secara bersasar,” kata beliau hari ini, seperti dilaporkan Bernama.
Semalam, Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 3,788 kes baharu Covid-19, dengan 17 kluster baharu dikesan.
Sementara itu, Muhyiddin hari ini berkata perintah kawalan pergerakan (PKP) yang sedang berkuat kuasa akan dinilai semula khususnya di negeri-negeri yang sedang mengalami peningkatan kes positif secara mendadak.
Tambah beliau, langkah ini penting bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) dan tindakan yang diambil berkesan dalam membendung penularan wabak.