‘Tak tahu, tak ada kena mengena, tak nak komen’, Hamid jawab isu audio bocor Hamzah

‘Tak tahu, tak ada kena mengena, tak nak komen’, Hamid jawab isu audio bocor Hamzah

Hamid Bador juga sanggup bersumpah dengan Al-Quran bahawa beliau tidak ada kena mengena dengan rakaman audio itu.

PETALING JAYA:
Hamid Bador “tidak tahu” dan “tak ada kena mengena” dengan audio bocor yang disebut oleh Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin sebagai perbualan antara beliau dan ketua polis negara itu.

Pagi tadi, Hamzah mengesahkan audio dalam rakaman itu adalah suara beliau dan memberitahu pemberita bahawa dia berbual dengan Hamid.

Audio itu dikatakan mengenai pelantikan pegawai atasan polis, termasuk Ketua Polis Negeri.

Ditanya pemberita mengenai ‘pengakuan’ Hamzah itu, Hamid menjawab beliau tidak terlibat langsung dengan perkara itu.

“Tak tahulah saya. Tak ada kena mengena dengan saya pun benda itu. Nak saya bersumpah dengan Al-Quran pun saya sanggup,” tegas Hamid.

“Yang video (tular) yang baru ini kata dia bercakap itu semua itu, saya tak nak komen. Saya tak tahu lah. Saya tak tahu benda itu. Tak ada kena mengena dengan saya.”

Menurut Hamzah, beliau tidak melakukan sebarang kesalahan dengan apa yang disebutkan dalam rakaman itu.

Katanya, yang harus dikenakan tindakan adalah perakam perbualan itu.

“Memang (suara saya) takde mirip-mirip…saya mengaku. Cuma yang salah adalah orang yang merakam,” katanya pada sidang media.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.