
Perkara itu dimaklumkan setiausaha politiknya, Syahir Sulaiman menerusi Facebook rasmi Ahli Parlimen Marang itu, semalam.
“Marilah kita berdoa agar YB Dato’ Seri Tuan Guru dikurniakan kesembuhan dan kesihatan untuk terus berkhidmat kepada ummah. Terima kasih,” katanya.
Beliau turut memetik ayat 80 surah As-Syuara’ yang bermaksud: “Dan apabila aku sakit, maka Dia (Allah) yang menyembuhkan.”
Pada 15 Februari lalu, Abdul Hadi pernah menerima rawatan di IJN selepas mengadu kurang sihat dan sesak nafas.
Sebelum itu, beliau dimasukkan ke Jabatan Kecemasan, Hospital Putrajaya pada jam 7.50 malam akibat sesak nafas.
Beliau dibenarkan keluar dari IJN pada 19 Februari selepas empat hari menerima rawatan.