
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Shafee Abd Samad berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian pada 7.10 malam.
Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup di kawasan berkenaan, lori tipper 10 tan diletakkan di situ sebelum mangsa yang dikenal pasti sebagai K. Palaniappan, 66, datang dan menaiki lori itu yang kemudian bergerak dan terus terjunam ke dalam sungai, katanya.
Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dilancarkan oleh pihak bomba gagal menemui mangsa di dalam lori berkenaan, dan dipercayai lelaki tersebut telah tercampak keluar serta dihanyutkan arus.
Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata operasi SAR diteruskan pagi ini dengan disertai oleh Pasukan Penyelamat di Air.