30 lagi sekolah di Selangor diarah tutup

30 lagi sekolah di Selangor diarah tutup

Semua sekolah tersebut terletak di Klang, Kuala Selangor, Sepang, Petaling Perdana, Gombak, Petaling Utama, dan Hulu Langat.

Penutupan sekolah di Selangor bermula sejak 19 April lalu apabila 19 sekolah diarahkan tutup susulan cetusan kluster Covid-19.
PETALING JAYA:
Susulan peningkatan kes Covid-19 di Selangor, sebanyak 30 lagi sekolah diarahkan tutup selama dua hari bermula hari ini.

Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) dalam satu pekeliling berkata, semua sekolah diarah tutup itu membabitkan kawasan Klang, Kuala Selangor, Sepang, Petaling Perdana, Gombak, Petaling Utama, dan Hulu Langat.

“Penutupan sekolah adalah bertujuan untuk kerja-kerja pembasmian kuman dan aktiviti saringan kontak rapat,” menurut laporan Utusan Malaysia.

JPNS berkata, pihaknya turut meminta sekolah terlibat untuk berbincang dengan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) bersama pegawai pendidikan daerah pada hari pertama penutupan untuk menentukan sekiranya penutupan sekolah perlu dilanjutkan.

Penutupan sekolah di Selangor bermula sejak 19 April lalu apabila 19 sekolah diarahkan tutup susulan berlaku kluster Covid-19.

Sehingga semalam, sebanyak 162 sekolah telah diarahkan tutup selepas jangkitan Covid-19 dilaporkan Kementerian Kesihatan (KKM).

Sebelum ini, KKM melaporkan 39 kluster daripada 83 kluster aktif membabitkan institusi pendidikan bermula 1 Jan hingga 20 April.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.