Guru lelaki mengaku menyesal pukul murid hingga cedera

Guru lelaki mengaku menyesal pukul murid hingga cedera

Guru terbabit sebelum ini mengaku memukul murid berkenaan kerana tidak menyiapkan kerja sekolah yang diberinya.

Ketua Polis Daerah Kota Setar Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, pihaknya menunggu laporan prestasi guru itu sebelum kertas siasatan dihantar kepada Timbalan Pendakwa Raya.
PETALING JAYA:
Seorang guru lelaki yang didakwa memukul murid tahun tiga di sebuah sekolah di Kuala Kedah, mengaku menyesal melakukan perbuatan itu.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, guru terbabit sebelum ini turut mengaku memukul murid berkenaan kerana tidak menyiapkan kerja sekolah yang diberinya.

“Kita sedang menunggu laporan prestasi guru berkenaan sebelum kertas siasatan dihantar kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk membuat keputusan.

“Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan yang dipetik daripada Harian Metro.

Terdahulu, perkongsian seorang ibu memuat naik beberapa keping foto di Facebook memaparkan anaknya cedera dipukul guru mendapat perhatian ramai.

Difahamkan, murid lelaki berusia sembilan tahun cedera di lengan, jari kiri dan muka dipercayai dipukul gurunya menggunakan pembaris disebabkan tidak menyiapkan kerja sekolah.

Ibu mangsa yang berusia 30-an membuat laporan polis selepas melihat kecederaan dialami anaknya ketika menjemput kanak-kanak itu pulang sekolah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.