PKP bagi Aidilfitri diumum esok

PKP bagi Aidilfitri diumum esok

Ini termasuk berkenaan kebenaran merentas daerah dan negeri.

LUMUT:
Kategori perintah kawalan pergerakan (PKP) sempena perayaan Aidilfitri akan diumumkan esok, kata Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob.

“Semua pihak diminta bersabar. Esok saya akan umum status PKP,” kata beliau ketika ditanya mengenai status PKP berkenaan, termasuk kebenaran merentas negeri dan daerah sewaktu perayaan hari raya Aidilfitri.

Ismail, yang juga Menteri Pertahanan, berkata demikian selepas melakukan lawatan kerja ke Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut hari ini.

Sebelum ini, enam negeri kekal dengan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) selama dua minggu mulai 15 hingga 28 April, iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang, Kelantan dan Sarawak.

Sepuluh negeri lagi kekal dengan status PKP Pemulihan (PKPP) sehingga 28 April.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.