
Pengurus besar kanan (Pengurusan Aset) Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) Norhizami Abu Hasan berkata, jumlah pengguna terjejas melibatkan 18% daripada keseluruhan pengguna elektrik syarikat tersebut dalam kejadian bermula pukul 5.59 petang itu.
Beliau berkata, gangguan elektrik itu melibatkan beberapa lokasi tertentu seperti di Kota Kinabalu, Kota Belud, Kudat, Kota Marudu, Pitas, Tuaran, Pitas, Keningau, Semporna, Sandakan dan Labuan.
“Gangguan bekalan yang lebih besar berjaya dielak apabila sistem perlindungan grid yang beroperasi secara automatik berfungsi dengan berkesan.
Kerja-kerja pemulihan bekalan dijalankan secara berperingkat bermula pukul 7.43 malam dan pulih sepenuhnya pada pukul 9.39 malam,” katanya malam tadi.
Beliau berkata, satu pasukan penyiasat ditubuhkan bagi mengenal pasti punca utama kejadian dan kaedah mitigasi diambil bagi mengelakkan kejadian sama berulang pada masa akan datang.