‘Duit Raya’ RM1,000 bagi penjawat awam Perak

‘Duit Raya’ RM1,000 bagi penjawat awam Perak

Namun, bonus itu hanya akan diberikan selepas sambutan Aidilfitri, kerana gaji April dan Mei sudah dibayar, menurut Menteri Besar Perak.

Penjawat awam di Perak akan menerima bonus RM1,000 sempena Aidilfitri. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Kerajaan Perak mengumumkan pemberian bonus RM1,000 sempena Aidilfitri kepada penjawat awam negeri itu.

Namun, ia hanya akan dibayar pada 20 Mei, iaitu selepas sambutan Aidilfitri yang dijangka pada 13 Mei.

Menteri Besar Perak Saarani Mohamad, berkata ia diberikan pada masa itu kerana mengambil kira penjawat awam sudah menerima gaji bagi April dan Mei sebelum Hari Raya.

“Gaji bagi Mei pula dibayar awal iaitu pada 6 Mei. Kalau kita bagi juga (bonus) sebelum raya, habis semua (wang) sekali (dibelanjakan),” katanya ketika ditemui pada Program Bubur Lambuk bersama Menteri Besar Perak anjuran Gabungan Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Kerani dan Bersekutu (AUEGCAS) Perak.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.