
Pesuruhjaya Polis Sabah Hazani Ghazali, berkata keadaan bagaimanapun terkawal selepas pasukan Unit Tempur Ringan (LSF) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu dikerah ke lokasi kejadian.
Katanya, tiada sebarang kecederaan atau tahanan yang berjaya meloloskan diri dalam kejadian itu.
“Keadaan terkawal dan tiada tahanan yang meloloskan diri dari DTI berkenaan. Kita cuma dimaklumkan terdapat beberapa kerosakan dalam kejadian itu yang hanya membabitkan sebuah blok,” katanya ketika dihubungi.
Hazani berkata, siasatan awal mendapati, kebanyakan tahanan dipercayai tidak berpuas hati kerana tidak dibenarkan pulang menjelang Hari Raya.
“Sebab pertama tahanan bertindak sedemikian kerana mereka tidak dapat balik Raya. Kalau ingat 2015 lalu, dua hari sebelum Hari Raya, mereka merusuh juga sebab nak balik beraya.
“Masalah sekarang ini penghantaran balik juga sedikit terganggu disebabkan pandemik Covid-19,” katanya.