Varian Afrika Selatan pertama dikesan luar Selangor

Varian Afrika Selatan pertama dikesan luar Selangor

Empat lagi kes Covid-19 dikaitkan dengan varian itu dilaporkan, dengan tiga di Selangor dan satu di Negeri Sembilan.

Kes baharu dikesan menerusi pengawasan genom dilakukan Institut Penyelidikan Perubatan. (Gambar Fail)
PETALING JAYA:
Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan empat lagi kes jangkitan varian Afrika Selatan B.1.351.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kes itu dikesan menerusi pengawasan genom Covid-19 dilakukan Institut Penyelidikan Perubatan dari 15 hingga 23 April.

“Tiga dilaporkan di daerah Kuala Langat, manakala satu lagi kes adalah yang pertama di luar Selangor, yang disahkan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban, Negeri Sembilan,” katanya.

Sebanyak 21 kes kini dikaitkan dengan B.1.351 di Malaysia.

Noor Hisham turut mengalu-alukan keputusan kerajaan untuk mengenakan sekatan lebih ketat terhadap pengembara dari negara dengan kes dikaitkan dengan varian SARS-CoV-2, atau dikelaskan sebagai “variants of concern”.

Katanya, melanjutkan tempoh kuarantin dari 10 kepada 14 hari akan membantu mengurangkan risiko varian berkenana di negara ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.