
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster baharu itu dikesan Sarawak, Pahang, Pulau Pinang, Johor, Kelantan dan Kuala Lumpur.
- Kluster Jalan Roban Lama (Saratok dan Kabong) dengan 48 kes
- Kluster Jalan Selirik (Kapit) dengan 23 kes
- Kluster Jalan Sungai Daun (Seberang Perai Selatan) dengan sembilan kes
- Kluster Persiaran Sri Saujana (Kota Tinggi dan Johor Bahru) dengan lapan kes
- Kluster Mempaga Satu (Bentong, Maran dan Petaling) dengan 44 kes
- Kluster Gong Dermin (Kota Bahru) dengan 51 kes
- Kluster Sri Desa (Temerloh dan Bentong) dengan 10 kes
- Kluster Jalan Bukit Bintang (Lembah Pantai dan Titiwangsa) dengan tujuh kes.

Noor Hisham berkata, sebanyak 1,573 kluster dikesan di seluruh negara setakat ini, dengan 354 kluster aktif dan 72 daripadanya melaporkan pertambahan kes.
Katanya, enam kluster yang tamat hari ini ialah Tapak Bina Jalan Atmosphere, Batu 19, Jalan Masyhur Enam, Industri Cheras Jaya, Jalan Setiawangsa dan Jalan Belimbing, menjadikan 1,219 kluster berakhir setakat ini.
“Kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi hari ini adalah Pulai Chondong (79 kes), DTI Lenggeng (56 kes) dan Kampung Bunut Sungai Burung (40 kes),” katanya dalam kenyataan.