
Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan berkata, pesara kerajaan pula akan menerima RM250.
Katanya, pemberian itu bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menggalas tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat terutama semasa negara mengharungi tempoh penuh cabaran ini.
“Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat bersama dengan pembayaran gaji bulan Mei iaitu pada 6 Mei 2021. Bantuan khas tersebut akan memanfaatkan lebih dua juta penjawat awam dan pesara.
“Pengumuman pemberian Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri pada tahun ini dibuat lebih awal daripada tahun-tahun sebelum atas keprihatinan kerajaan dalam membantu mereka membuat persiapan awal menjelang Hari Raya Aidilfitri.
“Kerajaan berharap dengan pemberian bantuan khas ini dapat meringankan beban kewangan penjawat awam dan pesara serta dijadikan sebagai pemangkin kepada mereka untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi,” katanya.