Arifin Zakaria dilantik pengerusi majlis penasihat pusat timbang tara

Arifin Zakaria dilantik pengerusi majlis penasihat pusat timbang tara

Turut dilantik sebagai ahli majlis itu ialah Peguam Negara Idrus Harun, Sulong Matjeraie, Dr Prasad Sandosham Abraham, Raja Ahmad Mohzanuddin Shah Raja Mohzan, Nitin Nadkarni dan Dr Wafi Nazrin Abdul Hamid.

Bekas ketua hakim negara Arifin Zakaria dilantik sebagai pengerusi Majlis Penasihat Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia bagi tempoh dua tahun, berkuat kuasa 1 April lepas.
KUALA LUMPUR:
Bekas ketua hakim negara Arifin Zakaria dilantik sebagai pengerusi Majlis Penasihat Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC) bagi tempoh dua tahun, berkuat kuasa 1 April lepas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Takiyuddin Hassan, berkata turut dilantik sebagai ahli majlis itu ialah Peguam Negara Idrus Harun, Sulong Matjeraie, Prasad Sandosham Abraham, Raja Ahmad Mohzanuddin Shah Raja Mohzan, Nitin Nadkarni, dan Wafi Nazrin Abdul Hamid.

Turut dilantik Tan Swee Im, Doug Jones dari Australia, Hassan Arab dari Emiriah Arab Bersatu, Monica Feria Tinta dari UK, Khawar Qureshi dari UK, dan Vyapak Desai dari India, katanya dalam kenyataan hari ini.

Takiyuddin berkata, ahli majlis berperanan menentukan strategi dan pelan tindakan bagi memperkukuh AIAC serta meningkatkan aktiviti pusat tersebut di samping membantu Pengarah AIAC, Suriyadi Halim Omar.

Beliau menjelaskan pelantikan ahli Majlis Penasihat AIAC dari dalam dan luar negara itu berdasarkan kepakaran dan pengalaman luas individu berkenaan dalam industri penyelesaian pertikaian alternatif (ADR) di negara masing-masing.

Takiyuddin turut berharap AIAC akan meneruskan kecemerlangan sebagai sebuah institusi ADR dan pusat timbang tara yang unggul serta terkemuka di dunia dengan pelantikan ahli majlis tersebut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.