
Kata beliau, Kota Kinabalu mencatatkan jumlah kes terbanyak di Sabah dengan 82 kes, diikuti Tawau (42) dan Lahad Datu (15).
“Sebanyak 72 jangkitan di Kota Kinabalu datang daripada kluster Khidmat (Sekolah Menengah Agama Kota Kinabalu).
“Sekolah itu sudah dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan,” kata beliau dalam taklimat harian Covid-19.
PKPD dilaksanakan di Sekolah Menengah Agama Kota Kinabalu mulai 18 April lalu hingga 1 Mei ini.
Setakat hari ini, Sabah merekodkan 57,164 kes, dengan 1,019 pesakit masih dirawat di hospital, pusat rawatan berisiko rendah dan pusat tahanan sementara untuk pendatang asing tanpa izin atau penjara.