AKSEM Perlis rampas mercun, bunga api bernilai RM12,299

AKSEM Perlis rampas mercun, bunga api bernilai RM12,299

Tujuh kotak mercun ditemui di sebuah bangunan kedai, dirampas dengan seorang lelaki berumur 24 tahun turut ditahan.

Pelbagai jenis mercun dan bunga api dianggarkan bernilai RM12,299 dirampas di Jalan Arau-Kodiang, Guar Sanji, Arau, semalam. (Gambar AKSEM)
KANGAR:
Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (AKSEM) Perlis merampas pelbagai jenis mercun dan bunga api dianggarkan bernilai RM12,299 di Jalan Arau-Kodiang, Guar Sanji, Arau.

Komander AKSEM Perlis, Azizan Saman berkata bertindak atas maklumat, pihaknya telah melakukan pemeriksaan di sebuah bangunan kedai kira-kira 5.40 petang semalam.

“Hasil pemeriksaan kita telah merampas tujuh kotak mercun di bilik tidur di kedai itu yang dianggarkan bernilai RM12,299 termasuk nilai cukai.

“Turut ditahan seorang lelaki berumur 24 tahun,” katanya dalam kenyataan.

Azizan berkata semua barang rampasan dibawa ke Kompleks AKSEM Chuping untuk tindakan selanjutnya dan kes diserah kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Arau untuk disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.